Berita Gerakan

GERAKAN LANCAR KEMPEN “DEMI RAKYAT GERAKAN BERJUANG, BERSATU HATI DAN SETIA BERKHIDMAT”

Jun 4, 2020

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini melancarkan program sumbangan keperluan asas dalam sebuah kempen ‘Demi Rakyat GERAKAN Berjuang, Bersatu Hati dan Setia Berkhidmat’ dalam persidangan akhbar atas talian. Lebih 5000 set keperluan asas diagihkan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti B40 dan sebagainya. Program yang bermatlamatkan “demi rakyat” itu bertujuan untuk membela nasib rakyat di samping membantu orang ramai dalam menghadapi “normal baharu”.

Ramai yang telah kehilangan kerja, menukar kerja dan dipotong gaji sejak perlaksanaan PKP 78 hari lalu. Program ini dilaksana untuk mencapai ideologi utama Gerakan untuk membela nasib rakyat, ahli di peringkat akar umbi.

“Oleh kerana Parti Gerakan mempunyai sumber yang sangat terhad, tumpuan program ini dilaksanakan di Pulau Pinang. Manakala pemohon perlu memenuhi syarat utama program seperti perlulah terdiri daripada golongan B40, warganegara Malaysia, golongan kurang upaya, ibu tunggal dan warga emas. Selain terhad untuk 1500 orang pemohon setiap hari ianya akan mula dilaksanakan dari 6 Jun hingga 9 Jun 2020 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Pejabat Gerakan Pulau Pinang dan kawasan yang terlibat seperti Bukit Bendera, Bayan Baru, Jelutong, Bukit Gelugor, Tanjong, Batu Kawan dan Bukit Mertajam.”

Beliau berkata demikian dalam sebuah sidang media atas talian hari ini.

“Program meja bulat komuniti” yang diadakan bulan lalu bukan sahaja mendapat sambutan baik. Malah golongan tidak berkemampuan juga meminta Gerakan untuk teruskan aktiviti bantuan ini untuk membolehkan lebih ramai yang boleh peroleh manfaat.

Beliau juga menggesa supaya semua ahli perniagaan turut serta dalam kempen ini untuk membantu lebih ramai rakyat yang terkesan dengan pandemik ini. Antara agihan bantuan yang disalurkan kepada orang ramai adalah beras 5kg dan sepapan telur (30 biji) sebanyak 5000 set dan beberapa keperluan asas lain.

Gerakan berharap dengan adanya program seperti ini, warga yang tidak bernasib baik akan memperolehi manfaat.

Sumber: Parti Gerakan Rakyat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pegawai Media Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Nama: Cik Faridah
Tel: +6016-7126577

10%非土著配额应保留 考不到10A也有机会读预科班

10%非土著配额应保留 考不到10A也有机会读预科班

(槟城2日讯)民政党全国署理主席胡栋强建议,考获大马教育文凭(SPM)10A以上各族优秀生获保留预科班录取学额后,原有的土著与非土著90:10录取分配学额也应该继续保留,以让无法考获10A的非土著学生,也有机会通过这配额进入预科班。

baca lagi
小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

(吉隆坡1日讯)民政党主席刘华才博士形容,调低鸡蛋每个3仙和非住宅电费无法刺激国家经济,人民需要的是完整而全面性振兴经济配套,不是购物广场季节性的降价大优惠。

baca lagi