Berita Gerakan

Gerakan Mahu Kerajaan Pertimbang Laksana Semula GST Dengan Kadar Lebih Rendah

Mac 10, 2020

Kuala Lumpur: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyarankan kerajaan agar menimbang semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah iaitu tiga peratus ke bawah serta menggantung bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk sementara waktu.

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata langkah itu dapat merangsang semula perkembangan ekonomi dalam negara.

”Pengecualian cukai keuntungan industri korporat dan swasta juga perlu dilaksanakan sehingga keadaan ekonomi pulih,” katanya dalam kenyataan di sini yang menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet baharu.

Hari ini,  kesemua 31 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.

Majlis itu berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Lau juga meminta kerajaan Perikatan Nasional membantu menjana pendapatan rakyat dengan meningkatkan pengeluaran semua industri domestik bagi menggalakkan perkembangan ekonomi Malaysia.

”Tingkatkan peruntukan dan bantuan sara hidup sehingga RM1,500 kepada individu dan seisi keluarga untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup,” katanya.

Meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan, Lau mahu kerajaan segera menggalas tanggungjawab  menangani isu COVID-19 dengan melaksanakan pelan insurans perlindungan kesihatan kepada semua rakyat Malaysia bagi membendung kes penularan wabak seumpama itu.

”Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan baharu segera fokus melaksanakan tugas demi masa depan negara selepas istiadat angkat sumpah hari ini,” kata beliau.

Lau berkata parti itu amat bersyukur kerana pelantikan tersebut terdiri daripada kalangan teknokrat dan individu berkaliber untuk portfolio yang disandang.

 

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi