Berita Gerakan

GERAKAN mahu SPRM siasat isu penjualan tanah PDC

Okt 20, 2023

GEORGE TOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu penjualan tanah di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH Construction Sdn. Bhd. (UMECH).

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, siasatan oleh SPRM itu juga merupakan cara terbaik untuk Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membuktikan penjualan tanah tersebut dibuat secara telus.

”SPRM perlu menyiasat isu penjualan tanah ini, jika SPRM siasat dan hasil siasatan maklumkan tidak ada masalah, maka Kon Yeow dapat bersihkan nama sendiri.

“Rakyat mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku disebalik penjualan tanah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan mengenai penjualan tanah seluas 223.6 hektar di Byram, Kawasan Perindustrian 2 Batu Kawan (BKIP2), Batu Kawan kepada syarikat UMECH.

Susulan itu, Lembaga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memutuskan menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn Bhd dengan memberikan notis tiga bulan.

Selain penamatan urus niaga, Kon Yeow juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping atas kenyataan berhubung penjualan tanah itu yang didakwa mengaibkan dan menjatuhkan maruah beliau.

Menurut Tong Keong, rakyat Pulau Pinang juga sebenarnya tidak mahu mengambil tahu konflik-konflik dalaman yang berlaku di dalam DAP berhubung isu penjualan tanah terbabit.

”Apa yang saya dan rakyat Pulau Pinang mahu tahu soal penjualan tanah ini, dahulu kerajaan negeri selalu kata mereka amalkan prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) .

”Jadi adakah prinsip CAT ini masih diguna pakai dalam soal penjualan tanah ini atau sebaliknya,” katanya. – UTUSAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi