Berita Gerakan

GERAKAN minta kerajaan kawal kos lesen memandu.

Ogo 7, 2024

Gerakan minta kerajaan kawal harga lesen memandu

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) mengambil tindakan segera terhadap kos pengambilan lesen memandu yang didakwa semakin meruncing di Malaysia.

Menurut Naib Ketua Pemudanya, Goh Tee Long, situasi itu menimbulkan kebimbangan bagi golongan berpendapatan rendah yang semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang tinggi dalam era pentadbiran kerajaan hari ini.

“Saya memohon agar Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan memberi perhatian serius terhadap isu ini,” tegas beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya lagi, baru-baru ini tular satu hantaran dimuat naik suami kepada seorang selebriti tanah air mengenai sebuah syarikat kelas memandu mengenakan bayaran untuk pengambilan lesen kereta lebih RM3,000.

“Individu yang memuat naik itu boleh dikategorikan sebagai T20 ataupun mempunyai kemampuan pun mengeluh. Bayangkan golongan B40 dan M40 apa perasaan mereka,” ujarnya.

Ujarnya lagi, adalah amat penting bagi kerajaan untuk campur tangan dan memastikan harga bagi mendapatkan lesen memandu adalah berpatutan dan tidak membebankan rakyat, terutamanya golongan B40 dan mereka yang berpendapatan sederhana.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi