Berita Gerakan

Gerakan mula gerak jentera hadapi pilihan raya mengejut

Jun 20, 2020

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggerakkan jenteranya bermula hari ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pilihan raya umum (PRU) mengejut tahun ini.

Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya mengarahkan semua pengerusi perhubungan negeri untuk melakukan persiapan itu susulan melihat situasi politik yang genting buat masa ini.

“Kami meramalkan kemungkinan PRU mengejut akan diadakan pada bulan September in. Oleh itu kami sudah menggerakkan jentera bermula hari ini dengan Pulau Pinang sebagai ‘front state’ bagi parti untuk PRU itu.

“Sebarang keputusan untuk pengagihan calon dan kerusi akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa pada minggu hadapan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan di sini, hari ini.

Pihaknya menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 dan menolak perebutan kuasa yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

“Bagi parti Gerakan, kemampuan selesaikan pelbagai isu negara adalah penting daripada siapa yang akan jadi PM pada masa hadapan, oleh itu sokongan kami tetap terhadap Tan Sri Muhyiddin,” katanya.

Pihaknya juga melantik 5 jurucakap dalam 5 bidang berlainan yang dinamakan 5E, iaitu Education (Pendidikan), Environment (Alam Sekitar), Economy (Ekonomi), Equality (Persamaan) dan Employment (Pekerjaan) untuk separuh ke-2 tahun ini.

“Ia juga sebagai menyatakan pendirian parti terhadap isu-isu yang diutarakan selain sebagai ‘check and balance’ kerajaan,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi