Berita Gerakan

Gerakan parti politik pertama terima pengiktirafan Sistem Pengurusan Anti Rasuah

Dis 4, 2021

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) terima pengiktirafan sijil ISO37001 atau Sistem Pengurusan Anti Rasuah sekali gus menjadi parti politik pertama menerima pengiktirafan itu.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan Gerakan sebuah parti pertama Malaysia, malah kemungkinan besar parti politik pertama di dunia.

Beliau berkata, pengiktirafan itu juga merupakan antara sembilan teras utama hala tuju Gerakan iaitu sebagai rujukan utama parti bebas rasuah di persada antarabangsa.

“Sebagai parti politik, pencegahan ke atas korupsi perlu diutamakan dan dijadikan sebagai asas dalam setiap langkah, barulah kita dapat membina sebuah institusi yang kukuh.

“Asas sebuah pergerakan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan gejala negatif seperti rasuh, jika tidak, binasa pergerakan tersebut,” katanya dalam ucapan dasar Presiden  Gerakan, Persidangan Perwakilan Nasional Ke-50, hari ini.

Persidangan Perwakilan Nasional Ke-50 itu diadakan di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik, Menara Gerakan, yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional(PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Menurut Dominic Lau, sembilan teras yang digariskan itu sebagai hala tuju parti untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Katanya, antara teras utama itu adalah untuk mentrasnformasikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan berikutan negeri itu yang merupakan jatuh dan bangunnya parti itu.

“Selain itu, teras mempuk bakat pemimpin muda yang berkaliber dan berintegriti, mendigitalisasikan sistem, menuju saksama dalam jawatankuasa pusat.

“Teras itu juga merangkumi untuk menubuhkan universiti politik pertama di Malaysia, menubuhkan kelab Gerakan bukan sahaja di negara ini tetapi di persada dunia, mengimplementasikan sistem perancangan penggantian pemimpin yang teratur dan impian 2068,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan Gerakan adalah gabungan PN adalah satu pilihan yang tepat dalam menjadikan gabungan itu meliputi pelbagai kaum.

“Sebagai Pengerusi PN, saya amat mengalu-alukan kedatangan Gerakan sebagai melengkapkan gabungan PN sebagai sebuah gabungan mewakili semua kaum di Malaysia.

“Gerakan sudah ada sejarah yg panjang, penyertaan pelbagai kaum, maka tugas Gerakan adalah bersama kukuhkan PN dalam mengajukan gabungan ini kepada rakyat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi