Berita Gerakan

Gerakan Pulau Pinang buat laporan polis isu ‘scam’ sumbangan vaksin

Mei 20, 2021

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri menggesa Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membuat laporan polis berhubung isu dakwaan kerajaan negeri menjadi mangsa ‘scam’ sebuah syarikat swasta dalam tawaran sumbangan vaksin Covid-19.

Jurucakap Pemuda parti itu, Mohd. Aswaad Jaafar berkata, laporan polis itu perlu bagi membersihkan nama beliau selain mempertahankan imej dan kredibiliti kerajaan negeri.

Jelas beliau, pihaknya sendiri hari ini membuat laporan polis berhubung isu tersebut yang disifatkan sesuatu yang serius apatah lagi melibatkan nilai sumber kewangan melebihi RM100 juta mengambil kira harga pasaran vaksin yang mahu disumbangkan.

“Laporan polis oleh kerajaan negeri itu juga perlu kerana sidang akhbar bersama oleh Kon Yeow dan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah menimbulkan ketidakpuasan dan kemarahan oleh segelintir rakyat terutama penduduk Pulau Pinang terhadap kerajaan Persekutuan.

“Situasi ini memecah-belahkan rakyat dan mengancam perpaduan masyarakat untuk bersama-sama dalam usaha untuk menangani epidemik Covid-19, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Aswaad turut menggesa kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada dakwaan sumbangan vaksin tersebut termasuk meneliti kesahihan surat yang ditulis syarikat swasta terbabit yang didakwa tanpa kepala surat (letterhead).

Selain itu tambahnya, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan sama ada melakukan semakan latar belakang syarikat Xintai Development Enterprise Ltd. dan individu yang menawarkan diri memberi sumbangan vaksin itu sebelum mengutus surat kepada Kementerian Kesihatan.

“Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghubungi pegawai jualan antarabangsa berkenaan untuk mengesahkan kesahihan tawaran itu seperti dicadangkan oleh penderma vaksin untuk mendapatkan maklumat lanjut?” katanya. – UTUSAN ONLINE

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi