Berita Gerakan

Gerakan sedia peguam bantu Muhyiddin, Wan Saiful

Ogo 17, 2021

KUALA LUMPUR – Selepas Datuk Seri Najib Razak mahu mengemukakan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Wan Saiful Wan Jan – Gerakan hari ini bersedia menghulurkan bantuan peguam kepada kedua-dua individu tersebut.

Menurut presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, pihaknya akan menghantar peguam dalam kalangan ahli parti itu yang mempunyai pengalaman bagi membantu Muhyiddin yang meletakkan jawatannya semalam.

“Saman fitnah yang akan difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dan dilihat ia adalah satu perbuatan balas dendam.

“Ia adalah satu peluang yang diambil ke atas Muhyiddin Yassin setelah tidak lagi tidak ada kuasa sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dominic mempersoalkan mengapa tidak Najib memfailkan saman sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan adakah Najib takut banyak kes rasuahnya terbongkar.

“Saya dimaklumkan Najib merujuk kepada ucapan Muhyiddin semalam yang antara lain menyebut dia tidak akan “bersekongkol” dengan kumpulan “kleptokrat” dan mengganggu kebebasan mahkamah.

“Saya ingin bertanya kepada Najib, mengapa dia mahu melenting adakah terasa bahawa itu adalah dia? Siapa makan cili dia rasa pedas?” soal Dominic.

Semalam, Najib menyatakan hasrat untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Muhyiddin dan Wan Saiful.

Tindakan itu diambil selepas Muhyiddin dalam kenyataannya didakwa turut mengheret nama Najib. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi