Berita Gerakan

Gerakan seru PRK Gerik dan DUN Bugaya diisytihar darurat

Nov 21, 2020

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menyembah dan marayu Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan di kawasan tersebut.

Presidennya, Datuk Dominic Lau berkata, beliau mahu kerajaan mencadangkan darurat kepada YDPA bagi mengelak peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini.

“Gerakan menyokong keputusan YDPA yang mengisytiharkan proklamasi darurat mengelak PRK Batu Sapi yang mana ditangguh dan dibatalkan sehingga Covid-19 reda.

“Kami seru kerajaan mencadangkan dan mempersembahkan kepada baginda untuk isytiharkan darurat mengelak PRK Gerik dan DUN Bugaya.

“Kita sudah menerima satu pengajaran dalam PRN Sabah yang kes naik mendadak kepada 1,500 selepas hari mengundi pada 26 September lalu dan ini memang serius jika kita membenarkan satu lagi PRK di negara kita sekali lagi.

“Oleh itu kita harap PRK di Gerik dan Bugaya boleh dibatalkan juga oleh YDPA, pemilihan boleh diadakan apabila pandemik dilandaikan, tetapi nyawa rakyat lebih penting pada ketika ini,” katanya dalam sidang media secara maya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu hari ini.

Kerusi Parlimen Gerik kosong berikutan kematian Datuk Hasbullah Osman pada 16 November lalu akibat sakit jantung manakala sehari selepas itu Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.

Menurut Dominic, kerajaan perlu memandang serius kebimbangan rakyat terhadap pandemik yang boleh membawa maut itu.

“Kita menyeru kerajaan meneliti cadangan kami mengisytiharkan darurat di Gerik dan Bugayan Sabah sehingga Covid di dalam negara terkawal dan reda,” ujarnya.

Tambah beliau, Gerakan tidak mahu melihat peningkatan kes Covid-19 seperti yang terjadi di Sabah selepas Pilihan Raya Negeri diadakan sebelum ini.

 

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi