Berita Gerakan

Gerakan Sungai Pinang bimbang peratusan penerima dos penggalak kedua rendah

Jul 26, 2022

JURUCAKAP Gerakan DUN Sungai Pinang, Mok Kok On melahirkan kebimbangan hanya 9% daripada rakyat tempatan yang layak telah menerima dos penggalak kedua, dan berharap Kementerian Kesihatan akan memberi perhatian yang sewajarnya dan mencari jalan, dan mempertingkatkan publisiti supaya baki 91% yang masih belum divaksin mendapatkan dos booster yang kedua dengan kadar segera bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti.

Beliau berkata, keadaan wabak di negara ini telah menyaksikan peningkatan sejak kebelakangan ini. Kira-kira 3,000 hingga 5,000 orang telah didiagnosis dengan virus covid baharu setiap hari.

Jika keadaan ini berterusan, sudah pasti ia akan menjadi tamparan hebat kepada negara, yang baru sahaja dalam proses pemulihan ekonomi. Oleh itu, langkah pencegahan wabak perlu dipertingkatkan dan penekanan perlu diberi betapa pentingnya mendapatkan dos penggalak kedua bagi kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, antara yang layak tetapi masih belum terima suntikan dos penggalak kedua ialah golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Ini kerana pengangkutan menjadi masalah utama golongan tersebut dan memerlukan bantuan ahli keluarga untuk menemani mereka ke pusat vaksinasi.

Oleh itu, disyorkan agar Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan khas, menghubungi mereka dan menetapkan temujanji secepat mungkin bagi melindungi diri mereka dan mengelakkan jangkitan baharu.

Beliau juga berharap Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan situasi yang sama seperti sebelum ini dengan terus membuat urusan temujanji, supaya mereka boleh terus ke pusat vaksinasi mengikut masa seperti yang ditetapkan.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata seramai 225,848 orang di negara ini telah divaksinasi dengan dos kedua penggalak coronavirus iaitu hanya 9% daripada data yang layak untuk vaksinasi.

Mengikut klasifikasi Kementerian Kesihatan, seramai 2,519,761 orang layak menerima dos penggalak kedua iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah divaksin dengan dos penggalak pertama dalam tempoh 4 bulan atau lebih.

Mok berkata, 91% orang yang layak atau 2,293,913 orang masih belum menerima suntikan dos penggalak kedua. Kementerian Kesihatan harus memberi perhatian yang sewajarnya dalam perkara ini dan mempertingkatkan publisiti dan mencari jalan untuk meningkatkan kadar vaksinasi terhadap golongan ini. – SM

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi