Berita Gerakan

Gerakan syor MCA, MIC keluar dari BN sertai PN

Ogo 1, 2021

SHAH ALAM – Dua komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC seeloknya keluar daripada parti berkenaan dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mak Kah Keong berkata, sokongan yang dinyatakan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan untuk memimpin negara adalah satu langkah yang tepat.

“MCA dan MIC kedua-duanya menjadi parti yang selalu diabaikan dan dipinggirkan dalam keputusan dibuat dalam BN.

“Kedua parti itu kelihatan dua bintang yang ditenggelamkan oleh kegelapan sehinggalah mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan PN. Jadi eloklah keluar BN,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri A Vigneswaran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa asas pembentukan BN kini terancam apabila semangat hormat-menghormati antara satu sama lain tidak lagi wujud.

“Jika mereka tidak sedar, sudah pasti Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) banyak kerusi tradisional mereka akan dirampas semula oleh parti komponen sendiri,” ujarnya.

Jelas Kah Keong, kelangsungan hidup rakyat jauh lebih penting daripada percaturan parti-parti politik lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi