Berita Gerakan

GERAKAN syor tiga cadangan untuk selesaikan masalah kekurangan beras tempatan

Sep 26, 2023

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengesyorkan tiga cadangan kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan beras tempatan dalam jangka masa pendek.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, tiga cadangan itu ialah memberi subsidi bersasar dalam masa terdekat supaya rakyat tidak terpaksa untuk membeli beras import yang mahal, membantu peruncitan/peniaga dalam kos logistik untuk penyelarasan kekurangan beras tempatan dan menangguh semua rancangan untuk mengeksport beras putih.

“Isu kekurangan beras boleh dicegah beberapa bulan lalu jika Kerajaan Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan proaktif untuk menyelesaikan apabila gejala isu ini timbul semasa Padiberas Nasional Bhd (Bernas) memberi amaran bahawa Malaysia mungkin menghadapi masalah kekurangan beras sejak Jun tahun ini.

“Oleh itu saya mensyorkan beberapa cadangan kepada kerajaan Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan masalah kekurangan beras tempatan dalam jangka masa yang pendek,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dominic berkata, isu kekurangan beras putih tempatan negara sebenarnya mempunyai beberapa punca, antaranya adalah kenaikan harga beras putih import sehingga 36 peratus di seluruh negara susulan penyelarasan harga yang dibuat oleh Bernas.

Kataya, ia menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit dan sekaligus menyebabkan stok beras putih tempatan berkurangan.

“Gerakan berharap Kerajaan Anwar memandang serius terhadap isu ini dan mempertimbangkan dengan teliti cadangan di atas bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan di negara kita supaya rakyat tidak terbeban lagi.

“Diharapkan isu kekurangan bekalan makanan terutamanya beras ini menjadi agenda utama dalam perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan hari ini.

“Kajian yang mendalam harus dilaksanakan supaya masalah tahap keterjaminan makanan negara stabil,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi