Berita Gerakan

GERAKAN tanding 19 kerusi di Pulau Pinang, selesai temu duga 22 calon

Jul 12, 2023

GEORGETOWN: GERAKAN akan meletakkan calon di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Timbalan Presiden GERAKAN yang juga Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong, berkata proses menemuduga 22 individu berpotensi sebagai calon yang dimulakan sejak bulan lalu kini sudah selesai.

“Pengumuman calon dan kawasan mana yang akan ditandingi akan diumumkan sama ada oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

“Tarikhnya saya sendiri belum tahu tetapi sejak 2021 kita sebenarnya sudah melantik jurucakap di kawasan-kawasan yang akan ditandingi jadi daripada 22 individu hanya tiga tidak bertanding,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Tong Keong bagaimanapun memberi bayangan GERAKAN dijangka akan kekal bertanding di 13 kerusi tradisi parti itu ketika menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

Beliau berkata, kerusi DUN tersebut ialah Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Kebun Bunga, Padang Kota, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Batu Lanchang, Pantai Jerejak, Air Itam dan Batu Uban yang terletak di sebelah pulau selain Machang Bubok, Bukit Tambun serta Bukit Tengah di kawasan Seberang Perai.

“Jadi itu 13 kerusi tradisi yang kita tanding semasa di bawah BN dahulu dan kali ini dijangka kita akan tanding juga dan lagi enam kerusi akan diumumkan kelak oleh pucuk pimpinan PN,” katanya.

Beliau melihat semangat dan momentum GERAKAN begitu luar biasa berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan jentera parti itu kini telah bersiap siapa dalam berdepan PRN akan datang.

Menurutnya, parti itu akan memanfaatkan sepenuhnya media sosial terutamanya aplikasi TikTok dan Instagram dalam kempen mereka selain menggunakan Facebook dan WhatsApp.

Beliau berkata, kaedah lama seperti program turun padang seperti ziarah rumah ke rumah, ‘walkabout’ ke pasar malam, lokasi tumpuan awam dan aktiviti ceramah tetap akan diteruskan cuma mungkin akan dikecilkan skalanya.

“Sebenarnya dalam kempen kali ini saya lihat luar biasa kerana biasa dulu kita pergi rumah ke rumah, kita guna WhatsApp, Facebook untuk memberitah pengundi-pengundi kawasan kita.

“Kita nampak ada perubahan kerana ramai orang muda iaitu kelompok kali pertama mengundi kebanyakan guna Instagram, Tiktok untuk mendapatkan maklumat jadi cara ini sangat berkesan.

“Jadi kita akan fokus media sosial kerana kita melihat kaedah baru itu dapat menarik perhatian serta mendapat sokongan pemuda pemudi kepada GERAKAN berbanding menggunakan cara lama,” katanya.

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi