Berita Gerakan

Gerakan terus sokong Muhyiddin, PN

Ogo 17, 2021

PETALING JAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bersama Perikatan Nasional (PN) serta menggesa semua pihak untuk menghormati agenda demokrasi.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, semua parti politik perlu menghormati agenda demokrasi tanpa mengira keadaan politik masa kini dan mengutamakan kepada menangani Covid-19.

Beliau berkata, tugas utama adalah mengatasi wabak dan membantu rakyat keluar daripada keadaan tertekan dan kesulitan ekonomi sekarang.

“Harapan Gerakan sangat jelas iaitu mahu melihat keadaan politik negara stabil dan perjuangan politik tidak sesekali memberi kesan negatif kepada rakyat.

“Dalam keadaan kritikal ini, pemimpin negara sewajarnya fokus kepada Covid-19 dan hentikan semua agenda-agenda politik. Jika semuanya sudah pulih, rakyat dapat hidup aman dan boleh adakan pilihan raya umum (PRU),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, ketua-ketua parti menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengesahkan peletakan jawatannya dalam satu perutusan khas.

Dominic Lau berkata, rakyat sudah bosan dengan drama perjuangan politik yang tidak masuk akal sekarang, jadi sudah sampai waktunya untuk semua parti-parti membuat membuat gencatan senjata politik.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas tindakan-tindakan yang dilakukan dan percaya sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau DAP, mereka hanya mahukan kuasa dan pangkat, jadi mereka tidak boleh disokong untuk memimpin negara.

Tambahnya, beliau juga memuji Muhyiddin kerana tidak berkompromi dengan rasuah dan berusaha sedaya upaya mengawal Covid-19 sebelum memikirkan hal politik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana masih berpegang teguh pada janji dan sudi mentadbir negara biarpun untuk sementera.

“Walau bagaimanapun, jangan sesekali memberi kembali Pakatan Harapan (PH) berkuasa memerintah negara. Pertempuran dalaman yang berterusan dalam kalangan mereka akan terjadi kembali dan sikap pemimpin PH yang sombong hanya akan menyusahkan rakyat,” jelasnya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi