Berita Gerakan

Gerakan tetap bersama Perikatan Nasional

Ogo 18, 2021

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) berharap keadaan politik negara kembali stabil dan kemelut politik yang berlaku sekarang tidak memberi kesan negatif kepada rakyat.

Presidennya, Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, dalam keadaan politik agak kritikal, pemimpin negara sewajarnya fokus kepada Covid-19 dan hentikan semua agenda politik.

“Jika semua keadaan sudah pulih, rakyat dapat hidup aman, pilihan raya umum pun boleh diadakan,” katanya pada kenyataan semalam.

Kemelut politik kembali melanda negara sekarang selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti berikutan 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan.

Susulan itu Muhyiddin menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Isnin selepas. Bagaimana baginda melantiknya sebagai perdana menteri sementara.

Dr Dominic juga berkata, rakyat sudah bosan dengan drama perjuangan politik sekarang dan sampai waktunya untuk semua parti membuat gencatan politik.

“Saya berharap semua parti politik supaya menghormati agenda demokrasi dengan mengutamakan usaha menangani Covid-19.

“Tanpa mengambil kira keadaan politik semasa, tugas utama ialah mengatasi wabak dan membantu rakyat keluar daripada keadaan tertekan dan kesulitan ekonomi,” katanya.

Menurutnya juga Gerakan tetap menyokong Muhyiddin dan bersama Perikatan Nasional (PN).

Kata beliau juga Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP mengambil peluang isu yang berlaku sekarang bagi merebut kuasa dan pangkat.

“Jadi mereka tidak boleh disokong untuk memimpin negara. Mereka berganding bahu untuk menjatuhkan Perikatan Nasional.

“Semua orang sudah tahu mereka masing-masing mahu jadi perdana menteri bukan mahu menolong tangani Covid-19.

“Anwar selalu membuat ancaman berprofil tinggi seperti mengatakan cukup sokongan untuk membentuk pemerintahan baru, tetapi pada akhirnya ia tidak berjaya” ujarnya.

Beliau turut memuji Muhyiddin kerana tidak berkompromi dengan rasuah dan berusaha sedaya upaya mengawal wabak ini sebelum memikirkan hal politik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana masih berpegang teguh pada janji dan sudi mentadbir negara biarpun untuk sementara.

“Bagaimanapun jangan sesekali memberi kembali Pakatan Harapan berkuasa memerintah negara. Sikap pemimpin PH yang sombong hanya akan menyusahkan rakyat,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 18/8/2021

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi