Berita Gerakan

Gerakan yakin gelombang rakyat pertahan PN Kedah

Jul 28, 2023

ALOR SETAR: Parti Gerakan yakin gelombang rakyat terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN) dan aura Menteri Besar, Dato’ Seri Muhamamd Sanusi Md Nor mampu mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Pengerusi Gerakan Kedah, Wong Chia Zhen berkata, kerajaan negeri mampu kekal di tangan PN memandangkan gelombang kebangkitan rakyat semakin meningkat.

Pengerusi Gerakan Kedah, Wong Chia Zhen berkata, kerajaan negeri mampu kekal di tangan PN memandangkan gelombang kebangkitan rakyat semakin meningkat.

Katanya, fenomena tersebut juga melanda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim yang sebelum ini dikuasai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum lepas.

“Ini merupakan kali pertama saya bertanding di Kedah tetapi sudah berpengalaman menjadi calon Parlimen Batu Kawan, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

“Saya berharap sokongan padu semua pengundi tanpa mengira bangsa dan agama untuk memenangkan PN dan sekaligus merampas kerusi DUN berkenaan daripada PH,” katanya ketika ditemui HarakahDaily.

Calon muka baharu di DUN Pantai Merdeka, Ustaz Sharil Long juga yakin PN dapat dikekalkan di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Katanya walaupun beliau merupakan muka baharu bertanding di peringkat Dun, namun sudah ada pengalaman sebagai calon Parlimen Sungai Petani pada PRU14.

“Insya-Allah, DUN Pantai Merdeka kekal dimenangi PN dengan melihat gelombang sokongan rakyat semakin meningkat,” katanya  yang juga merupakan seorang penceramah bebas.

Menurutnya juga,  jumlah undi PN yang diperoleh DUN Pantai Merdeka pada PRU15 tidak dapat diatasi PH walaupun dicampurkan jumlah undi calon BN dan Amanah; yang mana DUN Pantai Merdeka pada PRU14 dimenangi calon PAS, Ustaz Mohd Fadzli Hashim. – HARAKAHDAILY 28/7/2023

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi