Berita Gerakan

GERAKAN yakin tarik pengundi Cina sokong PAS di Kemaman

Nov 18, 2023

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Dominic Lau berkata beliau yakin parti itu mampu menarik pengundi Cina memberi sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK Kemaman 2 Dis ini.

Lau berkata, kaum Cina mewakili 3% daripada jumlah keseluruhan pengundi di Kemaman akan menyokong PN jika salah faham orang bukan Islam terhadap PAS dapat dijelaskan.

“Kita akan pastikan pengundi bukan Islam akan memberi undi kepada calon PAS yang mewakili PN. Kita tahu lawan (DAP) akan guna taktik kotor hasut orang Cina seolah PN halang hak mereka kononnya nak pakai seluar pendek tak boleh, minum arak tak boleh jika PN menang.

“…kalau tengok di Terengganu, PAS memerintah, orang bukan Islam boleh minum (arak) tak ada masalah. Jadi persepsi salah faham kepada PAS kita akan beri penjelasan kepada pengundi bukan Islam,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Perayaan Deepavali anjuran Gerakan.

Beliau berkata, Gerakan juga akan menjadikan kegagalan kerajaan bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim termasuk dalam membela hak orang bukan Islam sebagai bahan kempen di Kemaman.

“Anwar dia boleh jadi perdana menteri sebab 95% orang Cina sokong PH, tapi sekarang memang kaum Cina tak puas hati dan kecewa dengan prestasi beliau. Anwar gagal tangani isu sekolah Cina, guru tak cukup, peruntukan sekolah Cina tak sistematik, tol tak hapus, harga barang naik,” katanya.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Samsuri yang juga menteri besar Terengganu dengan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mewakili BN.

Dalam perkembangan lain, Lau berkata bagi berdepan PRU16, Gerakan tidak akan menyasarkan jumlah kerusi yang banyak untuk ditandingi sebaliknya memberi fokus kepada kawasan boleh menang.

“Kita tak mahu tanding banyak kawasan tapi kita kalah semua, kita fokus kawasan kita boleh menang, fokus dari segi organisasi jentera, ahli baharu dan sebagainya,” katanya.

Ditanya sama ada Gerakan sedia menerima parti berasaskan bangsa termasuk MCA dan MIC untuk menyertai PN, Lau berkata parti itu terbuka asalkan mereka boleh menerima ideologi gabungan itu.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi