Berita Gerakan

Harap PM luang masa jumpa nelayan pada majlis rumah terbuka P.Pinang

Apr 30, 2023

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan nelayan mengenai pelaksanaan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di negeri ini pada 6 Mei depan.

Timbalan Pengerusi Parti Gerakan, Oh Tong Keong berkata, pertemuan itu membolehkan golongan yang terkesan serta badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan bantahan mereka secara terus kepada perdana menteri  agar mendapat penilaian terbaik.

Jelas beliau, ia juga secara tidak langsung memudahkan golongan berkenaan daripada terpaksa ke Putrajaya semata-mata bagi menyatakan bantahan.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Anwar) atas kesediaan untuk mendengar pendapat nelayan mengenai projek PSI.

“Kesediaan Perdana Menteri menunjukkan  beliau mesra dengan rakyat negeri ini berbanding Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang menunjukkan keangkuhannya dengan mengatakan bahawa kemenangan Pakatan Harapan di kawasan penambakan itu.

“Dikesempatan ini, kita mohon beliau (Anwar) memperuntukan sedikit masa ketika beliau hadir ke negeri ini pada 6 Mei depan untuk bertemu dan mengadakan dialog pendek bersama nelayan serta NGO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tong Keong, pertemuan pendek itu akan memberi harapan besar buat golongan nelayan dan NGO berbanding beliau meluangkan masa lebih banyak di rumah terbuka yang akan diadakan nanti.

“Saya percaya perdana menteri pasti akan bersimpati kepada rakyat Pulau Pinang dan akan ambil maklum berhubung permintaan ini.

“Malah kita juga berharap projek PSI yang mendapat tentangan ramai pihak itu dibatalkan selepas Kerajaan Pusat mendengar pendapat umum,” jelas beliau.

Rabu lalu, Projek PSI yang mendapat tentangan hebat mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dengan 71 syarat yang perlu dipenuhi.

Pengumuman kelulusan projek itu dimaklumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

PSI bernilai RM11 bilion membabitkan penambakan laut secara besar-besaran, termasuk pembinaan tiga pulau buatan adalah sebahagian daripada pelan induk Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

民青团促沈志勤争取 恒毅行政独立权

(槟城17日讯)民青团槟州团长陈政翀促请,峇央峇鲁区国会议员沈志勤,应担当起跟进其选区内的恒毅中学分校行政独立权事,并透明度地每周报告工作进展,直至成功获得批准证为止。

baca lagi
国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi