Berita Gerakan

Hargai Jasa Penghantar Makanan, Gerakan Beri 1000 Makanan Percuma

Mei 22, 2020

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) — Demi menghargai jasa barisan petugas penghantar makanan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia melaksanakan program menghantar makanan kepada penghantar makanan dalam satu aktiviti “A Love A Care For A Front Rider”. Program ini dilaksanakan dalam menghargai lebih 1000 penghantar makanan seluruh negara daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berkata, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sebilangan rakyat terpaksa bertungkus-lumus dan bekerja keras tanpa mengira hujan dan panas. Biarpun dalam kesukaran melawan pandemik, mereka tetap keluar untuk menghantar makanan setiap hari demi memudahkan orang ramai dapat menikmati pelbagai hidangan dan membantu mengurangkan penularan pandemik.

Menerusi program “Menghargai Petugas Penghantar Makanan” ini, setiap pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia perlu membuat pesanan melalui aplikasi tempahan hidangan. Ketika penghantar makanan sampai, pemimpin akan menyerah semula pesanan makanan kepada penghantar makanan bersama kad penghargaan sebagai tanda terima kasih atas jasa mereka menghantar makanan.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata program “Menghargai Petugas Penghantar Makanan” ini adalah satu aktiviti luar biasa. Ini kerana semua orang terlupa bahawa petugas penghantar makanan adalah juga penting selain petugas kesihatan, polis dan tentera. Penghantar makanan juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan. Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap menerusi aktiviti ini, sumbangan mereka sebagai penghantar makanan juga dihargai.

Oleh kerana semakin ramai yang menceburi perkhidmatan penghantaran makanan, beliau menyeru kerajaan agar mempertimbangkan saranan yang sesuai untuk mereka, termasuklah melindungi dan memelihara kebajikan penghantar makanan.

Beliau menyeru semua rakyat terus bersatu memerangi wabak Covid-19.

Sumber: Parti Gerakan Rakyat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pegawai Media Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Nama: Cik Faridah
Tel: +6016-7126577

10%非土著配额应保留 考不到10A也有机会读预科班

10%非土著配额应保留 考不到10A也有机会读预科班

(槟城2日讯)民政党全国署理主席胡栋强建议,考获大马教育文凭(SPM)10A以上各族优秀生获保留预科班录取学额后,原有的土著与非土著90:10录取分配学额也应该继续保留,以让无法考获10A的非土著学生,也有机会通过这配额进入预科班。

baca lagi
小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

小恩惠糊弄人民 政府无视难阻涨价潮

(吉隆坡1日讯)民政党主席刘华才博士形容,调低鸡蛋每个3仙和非住宅电费无法刺激国家经济,人民需要的是完整而全面性振兴经济配套,不是购物广场季节性的降价大优惠。

baca lagi