Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Hebat ‘Nelayan Rohingya’ Teluk Kumbar — Aswaad Jaafar

Ogo 5, 2020

5 OGOS — Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa memantau kemasukan nelayan etnik Rohingya demi menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk serta nelayan di Teluk Kumbar.

10 tahun lalu, terdapat hanya beberapa buah keluarga etnik Rohingya di perkampungan nelayan Teluk Kumbar dan kini bertambah hampir ke 300 buah keluarga.

Pertambahan warga Myanmar di perkampungan nelayan terbabit didakwa semakin pantas sejak kebelakangan ini sekaligus menimbulkan keresahan penduduk tempatan.

Bukan itu sahaja, majoriti mereka yang bekerja sebagai nelayan turut didakwa menjejaskan pendapatan nelayan di situ yang kini terpaksa pula bersaing dengan ‘orang luar’.

Difahamkan, kewujudan nelayan Rohingya di Teluk Kumbar sebelum ini bukan sesuatu yang asing dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan sejak beberapa tahun lalu.

Namun, menurut seorang nelayan yang telah tinggal di perkampungan itu selama lebih 30 tahun, pertambahan jumlah nelayan etnik Rohingya semakin mendadak sejak akhir-akhir ini dan mula mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan nelayan tempatan.

Difahamkan, sungguh pun kebanyakan nelayan Rohingya tidak mempunyai lesen dan permit perikanan yang sah namun bebas menangkap ikan di perairan negeri ini.

Nelayan tempatan tiada masalah berkongsi hasil laut dengan mana-mana nelayan sekalipun tetapi mereka mengharapkan agar semua nelayan di situ mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Nelayan tempatan merasa tidak adil jika mereka perlu berdaftar dan mematuhi semua syarat ditetapkan kerajaan untuk turun ke laut, mengapa kumpulan nelayan Rohingya seperti bebas dan boleh menangkap ikan sesuka hati.

Pihak penduduk dan nelayan memberitahu bahawa, meskipun nelayan etnik Rohingya tidak mempunyai lesen dan permit sah, tetapi mereka mampu menggunakan sampan dengan enjin yang berkuasa lebih tinggi.

Keadaan itu membolehkan nelayan Rohingya menangkap ikan di kawasan laut lebih dalam dan membawa hasil pulangan lebih banyak.

Ada di antara mereka mungkin bekerja 24 jam sehingga tengah malam dan mengaut hasil tanpa henti.

Nelayan tempatan merungut adakala bot berkuasa tinggi itu menyebabkan kerosakan kepada pukat-pukat mereka dan sekali gus mengakibatkan kerugian.

Difahamkan, kumpulan nelayan Rohingnya mula menyewa unit-unit rumah pangsa di sekitar Teluk Kumbar dan ada di antara mereka yang tidur di dalam sampan masing-masing.

Selain daripada masalah dihadapi nelayan tempatan, penduduk di perkampungan itu turut bimbang masalah sosial dan penyalahgunaan dadah akan berlaku susulan daripada penambahan bilangan warga Rohingya di situ.

Dengan ini, kami Parti Gerakan Rakyat Malaysia Pulau Pinang ingin menggesa pihak berkuasa memantau kemasukan nelayan Rohingya supaya kehidupan nelayan dan penduduk tempatan tidak terus terkesan.