Berita Gerakan

Hentikan perang politik, fokus kepada jayakan PPN – Wan Ahmad Fayhsal

Ogo 5, 2021

KUALA LUMPUR: ‘Perang politik’ yang berlaku ketika ini perlu dihentikan bagi membolehkan isu kesihatan negara diselesaikan sekali gus membuka laluan kepada perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lebih lancar.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (pix) berkata langkah itu juga perlu untuk memberi peluang kepada kerajaan Perikatan Nasional lebih fokus kepada usaha menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sokongan semua pihak.

“Kalau kita berjaya hentikan dulu perang poltik ini, banyak perkara kita boleh selesaikan dan boleh pergi ke pilihan raya yang agak tenang dan baik untuk semua orang.

“Cuma kita lihat di pihak pembangkang, bukan semua, tapi ramai yang mendesak (kerajaan) atas sebab kepentingan peribadi mereka khususnya yang berdepan dengan kes (mahkamah) tertentu,“ katanya malam ini dalam program Facebook Gerakan Talk Show bertajuk ‘Politik Malaysia: Ke Mana Arah Tujunya?’

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional itu menyifatkan tidak ada satu parti politik pun yang bersedia untuk mendepani PRU15 ketika ini berikutan situasi Covid-19 dalam negara masih tidak stabil.

Oleh itu, beliau berpandangan kerajaan kini perlu dikekalkan sehingga tamat penggal bagi memberi ruang kepada semua parti untuk mempersiap jentera masing-masing bagi menghadapi PRU15.

Menyentuh isu sokongan dan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, beliau berkata semua pihak perlu menunggu keputusannya ketika persidangan Dewan Rakyat diadakan September ini.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban, Negeri Sembilan Mujibu Abd Muis berkata semua pihak harus sabar menunggu persidangan Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Semua pihak harus menunggu untuk gelanggang dibuka pada bulan September depan namun mungkin ada keraguan dalam kalangan pembangkang bahawa macam-macam boleh berlaku dalam tempoh sebulan itu yang barangkali boleh mengubah kedudukan daripada tidak menyokong kepada sokong, dan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang Ini bertajuk ‘Politik: Game Over atau Game On? terbitan BernamaTV kelmarin.

-Bernama

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi