Berita Gerakan

Isu bekalan ayam: Gerakan gesa kerajaan ambil pendekatan tambahan

Mei 25, 2022

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa kerajaan mengambil beberapa pendekatan tambahan agar bekalan ayam mencukupi sekali gus dapat memenuhi kehendak rakyat.

Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee berkata, selain ketetapan yang telah diumumkan kerajaan, beberapa pendekatan jangka pendek perlu dilaksanakan kerana pengguna dan penjual mula terhimpit dalam isu ini.

“Saya juga sependapat bahawa industri penternakan sebaiknya diletakkan di bawah kawalan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) agar tidak timbul isu kartel yang berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Shiaw Lee berkata, kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap kartel yang cuba mengugut kerajaan bagi memastikan rakyat tidak dihimpit dengan isu kekurangan bekalan dan kenaikan harga.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memberi bantuan khas kepada penternak-penternak dan peniaga-peniaga ayam supaya operasi perniagaan mereka tidak tergendala disebabkan tekanan kartel.

“Kedua jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan mengawal kos dari awal hingga akhir yang pada masa sama memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak.

“Ini kerana semua pihak bermula dari penternak, pemborong, peniaga dan pengguna berada dalam dilema setiap kali berlaku kenaikan bahan makanan itu. Lebih memburukkan keadaan ada yang mengalami kerugian berterusan,” ujarnya.

Selain itu, Shiaw Lee berkata, kerajaan perlu konsisten terhadap pemantauan harga bahan mentah di pasaran melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta mengutamakan permintaan dalam negara berbanding luar negara.

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi