Berita Gerakan

Izzah digesa guna jawatan untuk henti projek tambak laut P Pinang

Feb 7, 2023

Nurul Izzah Anwar diminta menggunakan jawatan barunya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menggesa kerajaan menghentikan projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI).

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong mengingatkan Nurul Izzah bahawa dia juga pernah menentang sekeras-kerasnya projek itu.

“Saya mengingatkan Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah supaya mesti berpegang pada prinsip menentang penambakan laut ini.

“Sekiranya Nurul Izzah masih memegang pandangan yang sama, beliau harus mencadangkan agar Anwar mengarahkan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan serta-merta rancangan ini,” katanya dalam kenyataan media.

Menurut Oh, Izzah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dengan tegas menentang projek itu dan mengatakan masih belum terlambat untuk menghentikan rancangan tersebut.

“Beliau menekankan bahawa nelayan di Pulau Pinang sangat menentang rancangan penambakan selatan kerana ia akan menjejaskan kehidupan mereka secara serius.

“Rakyat dan banyak pertubuhan bukan kerajaan juga menentang keras kerana rancangan ini akan merosakkan ekologi perairan selatan Pulau Pinang dengan serius, dan akan membawa bencana yang dahsyat kepada sejumlah besar hidupan marin,” katanya.

Oh merujuk kepada kenyataan Nurul Izzah pada Julai 2019, yang menyatakan bantahan terhadap projek itu dan mengatakan masih belum terlambat untuk menghentikannya.

Pada masa itu, Izzah juga berkata pemberian pampasan kepada nelayan dan pembinaan jalan baru tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang dan projek itu akan memusnahkan alam sekitar.

Sekumpulan nelayan yang menentang projek tersebut sebelum ini enggan menerima sebarang tawaran pampasan daripada kerajaan negeri.

Persatuan Nelayan Pulau Pinang menegaskan mereka perlu berjumpa dengan Anwar terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran.

Projek PSR kini terhenti selepas kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) pertamanya dibatalkan pada 2021.

Dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) sebelum ini, PSI merupakan projek kerajaan negeri membabitkan tambakan tiga pulau bagi membina zon perindustrian, tarikan pelancong, hab pendidikan dan projek perumahan termasuk rumah mampu milik.

Pulau tiruan itu akan meliputi 1,821 hektar, bersamaan dengan saiz 2,550 padang bola.

Di sebalik janji kerajaan negeri bahawa projek itu akan dibangunkan secara lestari dan mewujudkan peluang pekerjaan serta merangsang ekonomi, nelayan tempatan menentang projek itu kerana mereka bimbang mengenai kesannya terhadap alam sekitar dan mata pencarian mereka.

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi