Berita Gerakan

Jangan asyik guna alasan perubahan iklim jika berlaku bencana di P.Pinang – Gerakan

Feb 12, 2022

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Pulau Pinang mengingatkan kerajaan negeri yang diterajui DAP agar tidak terus menyalahkan perubahan iklim global setiap kali berlaku bencana tanpa mengawal selia rancangan pembangunan Pulau Pinang.

Ia susulan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang pada Selasa lalu, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang dan bumbung diterbangkan.

Jurucakap Gerakan Kawasan Sungai Pinang, Mok Kok On berkata, tidak dinafikan perubahan iklim global telah memberi kesan kepada negara khususnya Pulau Pinang namun kerajaan negeri tidak seharusnya membiarkan pemaju sewenang-wenangnya membangunkan kawasan bandar dan membenarkan pemaju menjalankan projek pembangunan tanpa kawalan.

Jelas beliau, pembangunan di lereng bukit dan pinggir pantai akan lebih memburukkan lagi keadaan dan memberi kesan kepada perubahan iklim global ke atas Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang harus mengambil peranan semula dalam perancangan bandar dan projek pembangunan serta menghentikan serta-merta permohonan pelan pembangunan yang membabitkan kawasan lereng bukit dan pesisir pantai, termasuk menangguhkan pelan penambakan di bahagian selatan Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Chow Kon Yeow juga harus mempertimbangkan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan bandar termasuk merobohkan flat kos rendah dan rumah bandar yang dibina pada 1970-an dan 1980-an serta memperkenalkan kaedah sewa sebelum beli, bagi menambah nilai kepada Dasar Pemilikan Rumah Rakyat Pulau Pinang.

“Pelan pembangunan semula daerah lama itu selaras dengan keperluan penduduk pada zaman moden untuk perumahan dan boleh mengurangkan risiko kemusnahan alam sekitar, sekali gus meningkatkan kesan perubahan iklim global ke atas Pulau Pinang dan mengurangkan kejadian bencana alam yang dahsyat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Kok On, langkah berjaga-jaga perlu diambil seperti peka dengan ramalan cuaca supaya kerugian daripada segi kewangan dapat dikurangkan, sekali gus keselamatan rakyat lebih terjamin. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi