Berita Gerakan

`Jangan hukum pengundi PN’ – Presiden GERAKAN

Apr 28, 2023

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta tidak mengamalkan sikap balas dendam kepada Ahli Parlimen pembangkang dan menghukum pengundi Perikatan Nasional (PN) dengan pemberian peruntukan yang tidak sama kepada wakil rakyat terbabit.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Dominic Lau, berkata Ahli Parlimen pembangkang sewajarnya menerima peruntukan yang sama dengan pemimpin kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

“Di manakah model keadilan dan reformasi yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Tindakan itu menunjukkan kerajaan campuran ini seolah-olah menghukum rakyat kerana mengundi PN dan tindakan itu ternyata tidak adil.

“Kita mahu pengundi di kawasan PN juga dapat menikmati layanan dan faedah yang sama seperti kawasan yang dimenangi oleh parti kerajaan campuran.

“Ini kerana ego dan kuasa yang ditonjolkan kerajaan campuran pada hari ini boleh membinasakan negara. Ketepikan perbezaan dan bersedialah membantu rakyat,” katanya kepada BH.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memaklumkan, Kerajaan Perpaduan secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun ia hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, rundingan berkaitan peruntukan berkenaan sedang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Di peringkat awal, kita setuju (beri peruntukan) untuk perbelanjaan pentadbiran. Ketika ini, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan siri perbincangan bersama wakil pembangkang bagi memuktamadkan keputusan.

“Jumlah peruntukan hanya dapat diputuskan selepas rundingan terbabit selesai dan kemudiannya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Mengulas lanjut, Presiden GERAKAN itu meminta kerajaan untuk meneliti semula keputusan itu dan menasihatkan Ahmad Zahid untuk duduk bersama kepemimpinan PN bagi menyelesaikan isu peruntukan itu demi kesejahteraan rakyat.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi