Berita Gerakan

Jangan pandang remeh bantahan isu rakyat di luar DUN

Jun 1, 2022

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang diharap tidak memandang sebelah mata sebaliknya memberi perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan penduduk yang mengadakan bantahan aman di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini kelmarin.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, isu-isu yang dibangkitkan penduduk itu merupakan masalah asas yang dihadapi mereka yang memerlukan penyelesaian segera oleh kerajaan negeri.

Malah, ujarnya, penduduk terlibat juga dilihat terdesak dan tertekan dengan isu dihadapi mereka yang seolah-olah tidak dipedulikan pihak berwajib sehingga memaksa mereka mengadakan bantahan aman di luar dewan ketika sidang DUN berlangsung.

“Isu yang dibangkitkan penduduk itu berkait rapat dengan kehidupan rakyat tempatan antaranya  isu bekalan air dan masalah setempat di tempat mereka tinggal.

“Bantahan awam diadakan kerana aduan mereka tidak dilayani dan dikendali dengan baik dan juga wakil rakyat mereka gagal membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, empat kumpulan penduduk mengadakan bantahan aman di luar dewan DUN sebelum menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri berhubung isu yang dihadapi mereka di kawasan masing-masing sempena hari pertama penggal kelima sidang DUN Ke-14.

Mereka terdiri daripada penduduk Mukim 5, Seberang Perai Selatan (SPS) yang berdepan masalah ketiadaan bekalan air sejak empat tahun lalu serta kumpulan warga emas dan ibu tunggal dari Kampung Paya, Teluk Kumbar yang diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing sehingga pertengahan bulan depan.

Turut mengadakan bantahan aman ialah penduduk Bertam berhubung isu rancangan pembinaan asrama pekerja asing di kawasan itu serta kumpulan penduduk daripada Persatuan Penduduk Jalan Shaik Madar.

Dalam pada itu, Tong Keong yang juga Timbalan Presiden Gerakan Pusat berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang harus menerima memorandum yang diserahkan  penduduk itu dengan hati terbuka, mengkaji isu-isu yang dibangkitkan dengan teliti, memberi maklum balas dan menangani isu tempatan terbabit dengan segera.

“Jangan ambil sikap remeh dalam mengendalikan isu yang dibangkitkan rakyat kerana ini akan mengecewakan mereka yang mengharapkan bantuan dapat disalurkan oleh wakil rakyat mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

刘华才讥讽议长是安华政府的胶印

(吉隆坡12日讯)民政党全国主席拿督刘华才博士认同下议院议长丹斯里佐哈里确实不是邮差,以佐哈里处理前土团党国会议员的方式,充其量只是团结政府的“胶印”。

baca lagi
警局晚上10时后关门 降低警队威信

警局晚上10时后关门 降低警队威信

(新山10日讯) 针对内政部长赛夫丁纳苏申宣布,全国各地警察局在晚上10时关闭大门,民政党全国总秘书罗家荣抨击,上述做法根本是让警队威信下降,且为民众带来负面影响的事情,让人民感到不安。

baca lagi