Berita Gerakan

Jangan terpedaya tipu helah PH -Gerakan

Ogo 3, 2021

PETALING JAYA: Rakyat diminta tidak terpedaya dengan helah Pakatan Harapan (PH) yang cuba merosakkan pentadbiran negara ketika kerajaan sedang serius menangani pandemik Covid-19 dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, Puvaniten Helan Govan berkata, rakyat sebelum ini sudah pun menjadi saksi terhadap kegagalan mereka.

“Jangan sekali lagi tertipu dengan agenda-agenda politik mereka yang cuba menggagalkan usaha kerajaan membanteras pandemik Covid-19 di negara.

“PH telah lama terbukti dengan kegagalan pentadbirannya yang belum mencecah dua tahun malah polemik politik negara kita sebenarnya adalah berpunca daripada mereka.

“Oleh itu, rakyat perlu matang dan pandai menilai keupayaan sesuatu kerajaan di dalam menjaga soal kebajikan dan keselamatan rakyat. Jika kita pandai menilai, kita tidak akan dimanipulasi oleh mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai isu demonstrasi penutupan Parlimen semalam, beliau berkata, ahli Parlimen yang terlibat perlu sedar bahawa mereka hanya diperalatkan untuk memperoleh kuasa politik dengan mewujudkan suasana yang kucar-kacir dalam kalangan rakyat dan menghasut perasaan benci terhadap kerajaan.

“Mereka yang terbabit sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat, bukannya turun berhimpun demi meraih kepentingan politik masing-masing,” tegasnya.

Puvaniten turut mempersoal pendirian PH yang sehingga kini tidak langsung menyokong atau membantu rakyat dari segi proses vaksinasi dan juga Pelan Pemulihan Negara.

“Dalam sesi Parlimen lepas, mereka langsung tidak membahaskan isu-isu agenda yang tersenarai berhubung pandemik Covid-19, sebaliknya hanya mewujudkan suasana yang kecoh seolah-olah melepaskan emosi masing-masing sempena pembukaan Mesyuarat Khas Parlimen.

“Mereka sudah biasa menjadi blok-blok pembangkang dan agak sukar untuk mereka mentadbir negara sebagai kerajaan kerana tiada persefahaman di kalangan mereka dan akhirnya polemik politik mereka akan menyusahkan rakyat itu sendiri,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi