Berita Gerakan

Jangan ulangi kesilapan Phuket

Sep 3, 2021

KUALA LUMPUR – Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendesak pihak berkuasa mengambil sikap berhati-hati dan mengadakan SOP yang lebih efektif apabila memutuskan untuk membuka sektor pelancongan Langkawi mulai 16 September ini.

Beliau berkata, meskipun 89 peratus penduduk Langkawi menerima vaksin tetapi ia tidak bermakna pulau itu tidak akan menghadapi seperti mana yang berlaku di Phuket, Thailand, kata Hoe Chai yang berharap pengajaran dapat diambil daripada negara jiran itu.

Beliau dalam kenyataannya di sini berkata, Phuket telah dibuka kepada semua pelancong secara syarat pada 1 Julai dan 83% penduduk pulau telah menerima dua dos vaksin, tetapi selepas hanya 11 hari dibuka enam telah disahkan positif Covid-19.

Malah, kes pertama varian Delta juga antara kes jangkitan tempatan.

Katanya, kes seseorang dijangkiti dengan virus Covid-19 meskipun diberikan vaksin sepenuhnya kini meningkat secara beransur-ansur di seluruh dunia termasuklah di Korea Selatan dan juga di Amerika Syarikat seperti di Los Angeles, California

“Ketika mengadakan SOP, kerajaan kita boleh menjadikan kes Phuket sebagai rujukan,” kata beliau.

Hoe Chai berkata, sehingga 31 Ogos, Langkawi telah mewakili 993 dari semua kes Covid-19 yang disahkan di Kedah. Oleh itu, pihak berkuasa perlu ada rancangan dan langkah yang komprehensif sebelum memulakan pelancongan di Langkawi.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi