Berita Gerakan

Jumlah penumpang tinggi MAHB, GERAKAN harap kerajaan nilai semula penjualan saham.

Ogo 22, 2024

Jumlah penumpang tinggi MAHB, Gerakan harap kerajaan nilai semula penjualan saham – Gerakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan semula keputusan untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada konsortium asing berikutan pengendali lapangan terbang itu mencatatkan jumlah penumpang tertinggi pada Julai lalu.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, laporan prestasi terbaru yang dikeluarkan oleh MAHB menunjukkan jumlah penumpang pada bulan Julai meningkat 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya yang mana rekod tertinggi sejak pandemic Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan MAHB berjaya menunjukkan prestasi yang baik berbanding tahun lepas.

“MAHB mencatatkan keuntungan sebanyak RM543 juta tahun lalu, dengan pegangan tunai melebihi RM1.8 bilion, dan prestasi tahun ini dijangka lebih baik daripada tahun lepas.

“Mengapa kerajaan ingin menjual 30 peratus kepentingan syarikat yang menguntungkan kepada syarikat asing?

“Saya tidak kisah sekiranya Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan pegangan saham mereka dalam MAHB, tetapi jika hendak dijual kepada syarikat asing, perlu diteliti dengan lebih mendalam” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak, termasuk pembangkang membantah usaha penjualan saham MAHB itu kepada Global Infrastructure Partners (GIP), iaitu anak syarikat kepada BlackRock, pemilik kepada syarikat pengeluar senjata untuk Israel.

Beliau berkata, industri pelancongan global yang menunjukkan fasa pemulihan dan berkembang pasti akan memberi manfaat dan impak positif kepada MAHB.

“Ini menunjukkan walaupun tanpa penyertaan syarikat asing, MAHB telah membuktikan bahawa ia mempunyai prestasi kewangan yang baik” ujar beliau.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi