Berita Gerakan

Kerajaan baharu perlu wujudkan dasar yang tidak bebankan rakyat – Dominic

Mac 5, 2020

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar kerajaan baharu yang sedang dibentuk mewujudkan dasar yang lebih menjamin pembangunan negara dengan tidak membebankan rakyat.

Antara cadangan itu ialah mengaktifkan penggantungan sementara terhadap cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selama enam bulan serta pengecualian Cukai Keuntungan Industri Korporat dan Swasta (RPGT) dalam tempoh setahun untuk memulihkan kembali perkembangan ekonomi dalam negara.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, Gerakan turut mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak melaksanakan Cukai Keuntungan Modal untuk mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap negara.

Katanya, daripada segi penurunan kos sara hidup, Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengesyorkan pelaksanaan semula

“Selain itu, dalam sektor pendidikan pula, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyarankan agar diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam dapat diberikan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah Dominic, kerajaan baru perlu membuktikan prestasi dan ketelusan dengan mewujudkan mekanisme pencapaian KPI agar rakyat boleh membuat penilaian terhadap kewujudan kerajan baru itu.

Dalam pada pada itu, beliau berharap agar kerajaan baru dapat memberikan manfaat lebih baik kepada rakyat berbanding kerajaan dahulu.

GST, tetapi dengan kadar 3 peratus ke bawah, manakala cukai korporat juga harus dikurangkan pada kadar antara 16 peratus hingga 18 peratus.

“Memandangkan negara kita sedang menghadapi wabak Covid-19, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menasihatkan supaya pelancaran insurans kepada seluruh rakyat dengan peruntukan perubatan sebanyak RM5,000 tanpa kira usia dan kelas dapat dijalankan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi