Berita Gerakan

Kerajaan digesa pertimbang formula Vietnam turun harga petrol, diesel.

Jul 18, 2024

Kerajaan digesa pertimbang formula Vietnam turun harga petrol, diesel – Gerakan

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan tindakan yang dilakukan Vietnam dalam usaha menurunkan harga minyak petrol bagi meringankan beban rakyat.

Ketua Biro Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Gerakan, Datuk Ch’ng Boon Chye berkata, penurunan harga bahan api itu bukan sahaja disebabkan pengurangan dana subsidi malah kerajaan Vietnam mengurangkan cukai dan meningkatkan import minyak.

Menurutnya, ia bertujuan untuk mengurangkan kesan harga yang tinggi kepada pengguna dan perniagaan.

“Saya tidak menafikan Kerajaan Madani mempunyai rancangan dan formula untuk menurunkan harga petrol, namun semuanya tidak berkesan malah menambah hutang negara kepada RM1.2 trilion.

“Negara lain mewujudkan inisiatif atau mekanisme kestabilan harga petrol dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat tetapi tidak kepada Kerajaan Madani. Semua rancangan, strategi, inisiatif yang diwujudkan memberi kesan buruk dan menyusahkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, VnExpress melaporkan harga minyak petrol RON95 dan diesel turun selepas berterusan meningkat sejak awal bulan lalu.

RON95 yang merupakan bahan api popular di Vietnam turun 1.10 peratus kepada 23,290 dong (RM4.25) seliter.

Sementara itu, bahan api Biofuel E5 RON92 juga menurun 0.80 peratus kepada 22,280 (RM4.06) seliter dan diesel jatuh 1.6 peratus kepada 20,830 dong (RM3.80) seliter.

Mengulas lanjut, Boon Chye berkata, Malaysia mempunyai latar belakang ekonomi kuat dan sumber daya manusia yang berkualiti, mempunyai kemampuan untuk melaksanakan strategi komprehensif bagi memastikan penurunan harga minyak petrol lebih berkesan.

“Gerakan berharap Kerajaan Madani mengadaptasi pendekatan Vietnam yang lebih fleksibel dan responsif bersesuaian dengan ekonomi, kewangan dan demografi Malaysia,” ujarnya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi