Berita Gerakan

Kerajaan diharap dapat capai penyelesaian terbaik

Jul 13, 2021

SHAH ALAM – Kerajaan diharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserapkan ke jawatan tetap.

Pemangku Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen berkata, ia berikutan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba akan membentangkan isu tersebut dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

Chia Zhen berkata, penyelesaian itu diharap dapat dicapai serta dipercepatkan agar lebih 20,000 doktor kontrak berasa lega dan mendapat apa yang sewajarnya milik mereka.

“Gerakan berpendapat pentingnya kerajaan terutama Kementerian Kesihatan untuk memelihara kebajikan setiap anggotanya tanpa sebarang bentuk perbezaan yang boleh dianggap diskriminasi.

“Aduan isu doktor kontrak ini bukan suatu perkara baharu. Ia sudah berlaku bertahun-tahun lamanya, lebih lima tahun. Namun, penyelesaiannya tetap tidak dicapai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Chia Zhen berkata, kerajaan juga perlu meneliti cara untuk menghapuskan jurang perbezaan antara doktor tetap dan doktor kontrak.

Menurutnya, ia termasuk perbezaan gaji dan pemberian Hadiah Latihan Persekutuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat siswazah, selain peluang kerjaya yang jelas serta nyata dalam sektor awam seperti kenaikan pangkat.

“Ini kerana mereka memerlukan kesamarataan dan bukannya sagu hati,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa pentingnya kerajaan menjaga kebajikan para doktor, jururawat dan pekerja-pekerja sektor kesihatan agar dapat melahirkan sebuah institusi kesihatan yang cekap dan mantap dalam membekalkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Jasa doktor dan para pekerja kesihatan dalam memerangi pandemik Covid-19 amat dihargai. Kami akan sentiasa bersama menjaga kesaksamaan dan kebajikan para petugas barisan hadapan,” katanya,

-end-

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi