Berita Gerakan

Kerajaan diminta pertimbang diskaun yuran IPT

Jun 2, 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta mempertimbangkan diskaun yuran sehingga 50 peratus kepada semua penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran ketiadaan pembelajaran secara bersemuka semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, pemberian diskaun itu mampu meringankan beban ibu bapa dan keluarga penuntut yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19.

“Selain memberi diskaun, kerajaan juga boleh mempertimbangkan pulangan baki bayaran yuran secara tunai mahupun dibawa ke semester berikutnya untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup dalam kalangan pelajar dan ibu bapa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dominic lagi, meskipun langkah pemberian diskaun dan pulangan bayaran yuran itu merugikan pihak universiti terutamanya IPT swasta, namun, ia adalah jalan terbaik untuk membolehkan kedua-dua pihak mendapat manfaat bersama.

Disebabkan itu, katanya, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi wajar mempertimbangkan saranan tersebut untuk kepentingan bersama.

Katanya, beliau percaya pemberian diskaun dan pulangan bayaran yuran itu mampu menjadi penyelesaian terbaik untuk menggalakkan pelajar terus menghabiskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi biarpun dalam era baharu sekaligus dapat membendung masalah peningkatan pengangguran.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi