Berita Gerakan

Kerajaan negeri perlu jelaskan isu projek terowong

Sep 26, 2021

GEORGETOWN- Kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow diminta untuk menjelaskan beberapa perkara yang dilihat mengelirukan berhubung projek terowong dasar laut yang dikatakan akan digantikan dengan jambatan yang merentasi Selat Pulau Pinang.

Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, banyak persoalan yang timbul apabila laporan media pada Sabtu menyatakan projek mega itu tidak akan menjadi kenyataan sebaliknya digantikan dengan projek jambatan.

Menurutnya, sekiranya benar terowong dasar laut akan digantikan dengan jambatan, bagaimana kerajaan negeri mengambil balik tanah yang telah diberikan kepada konsortium dilantik, sebagai satu pembayaran kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut itu.

“Banyak persoalan yang timbul apabila isu terowong dasar laut ini dibangkitkan yang mana ia dikatakan akan digantikan dengan jambatan. Jika benar, adakah Kon Yeow akan mengakui projek terowong dasar laut yang dicadangkan DAP itu merupakan penipuan yang dicipta mereka untuk meraih sokongan pengundi yang akhirnya merugikan rakyat.

“Ini kerana, tanah miliki rakyat Pulau Pinang telah digunakan untuk membayar kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan akhirnya ia tidak dilaksanakan, sebaliknya digantikan dengan jambatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Gerakan Pulau Pinang di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan projek mega tersebut yang dirancang sejak beberapa tahun lalu akan digantikan dengan projek jambatan bagi menghubungkan kawasan pulau dengan kawasan tanah besar (seberang).

Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, pihaknya juga ingin mengetahui bagaimana kerajaan negeri mengambil balik tanah ‘bayaran’ oleh mereka yang kini telah dimajukan dan dibina kondominium mewah.

“Kira-kira 10 tahun telah berlalu, kenapa baru sekarang kerajaan negeri beritahu rakyat Pulau Pinang bahawa pembinaan jambatan lebih sesuai berbanding terowong dasar laut, malah kerajaan negeri telah membelanjakan RM305 juta untuk kajian kebolehlaksanaan bagi projek itu.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi