Berita Gerakan

Kerajaan perlu beri penjelasan dakwaan Tesla batal bina kilang.

Ogo 9, 2024

Tesla: Apa akan jadi kepada puluhan ribu peluang pekerjaan yang dijanjikan?

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi penjelasan berhubung laporan yang mengatakan Tesla membatalkan rancangan membina kilangnya di beberapa negara termasuk Malaysia.

Presiden Nasional Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kerajaan perlu menyatakan pendirian dan tindakan selanjutnya sekiranya laporan tersebut benar.

“Lagipun, Perdana Menteri telah mengumumkan selepas mesyuarat video dengan Elon Musk, orang terkaya di dunia itu berjanji untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat dan membuat pelaburan besar, yang akan membawa puluhan ribu peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada negara kita,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, dalam masa yang sama kerajaan perlu menjelaskan kesan pembatalan tersebut terhadap pelaburan negara.

Dominic turut mempersoalkan status Kerjasama Tesla dalam perkhidmatan satelit Starlink SpaceX susulan pembatalan itu.

“Menarik Tesla untuk melabur di Malaysia adalah langkah pragmatik yang boleh membawa kesan berantai dan jika rancangan ini berubah, kerajaan perlu mempunyai strategi untuk menghadapinya,” katanya lagi.

Semalam memetik laporan media Thailand, The Nation, Tesla membatalkan rancangan untuk membina kemudahan pembuatan kereta elektrik (EV) sama ada di Malaysia, Thailand atau Indonesia.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi