Berita Gerakan

Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan ‘stakeholder’ sebelum laksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi

Okt 17, 2023

Kerajaan Campuran telah mengumumkan akan memperkenalkan “Cukai Barang Bernilai Tinggi” pada tahun 2024. Dengan itu, GERAKAN mencadang kerajaan supaya memberi maklumat yang lebih lengkap dan menjalankan perbincangan mendalam dengan pihak berkepentingan ‘stakeholder’ serta mewujudkan mekanisme untuk membolehkan industri barangan mewah mempunyai ruang penampan di bawah sistem cukai baharu.

“Cukai Barang Bernilai Tinggi” ini bukan suatu cukai yang baru dibincang, dalam Belanjawan 2023, kerajaan pernah menyebutkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan “Cukai Barangan Mewah” pada tahun ini. Tetapi perbincangan tersebut berhenti disebabkan kekurangan maklumat lanjut seperti senarai barang yang akan dikenakan cukai ataupun bantuan untuk senarai barangan tersebut.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan supaya memberi maklumat yang lanjut and lengkap sebelum rakyat, ahli-ahli parlimen dan pakar-pakar dapat memberi cadangan yang efektif dalam pelaksanaan cukai tersebut.

Selain itu, mengikut ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, “Cukai Barang Bernilai Tinggi” ini hanya akan dikenakan kepada orang Malaysia, pelancong-pelancong asing akan menikmati bayaran balik cukai sebelum mereka berlepas dari Malaysia.

Penetapan sedemikian, kemungkinan adalah untuk menjamin industri pelancongan negara kita tidak terjejas selepas cukai tersebut dikenakan, tetapi carca ini berkemungkinan dilihat sebagai “menghukum rakyat Malaysia yang membeli barangan mewah”.

Selain itu, penetapan cukai bernilai tinggi yang sebegini juga akan menyebabkan rakyat Malaysia yang pada asalnya berhasrat untuk membeli barangan mewah di dalam Malaysia terpaksa beralih ke negara luar. Ini turut menghasilkan fenomena “consumption outsourcing” dalam permintaan barangan mewah.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Dato’ Tan Chin Hock juga menggesa kerajaan supaya mengadakan perbincangan bersama dengan pihak berkepentingan (stakeholder) sebelum pelaksanaan cukai tersebut.

“Berdasarkan pengalaman negara lain yang melaksanakan cukai ini, seperti China dan Kanada, biasanya bukan orang kaya yang terjejas oleh cukai mewah tetapi pemilik dan pekerja dalam industri yang terjejas”.

Dengan itu, beliau menasihatkan agar kerajaan menyiapkan dan mewujudkan perancangan, strategi atau mekanisme tertentu sebelum cukai ini dilaksanakan untuk memastikan pemilik dan pekerja dalam industri barangan mewah mempunyai ruang penampan di bawah sistem cukai baharu.

Dato’ Tan Chin Hock
Pengerusi Biro
Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi