Berita Gerakan

Kerajaan perlu rumus strategi jelas pulih ekonomi negara: Gerakan

Ogo 31, 2021

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu merumuskan strategi jelas untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan negara menangani wabak Covid-19 bagi memastikan ekonomi negara pulih secepat mungkin.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ekonomi berkait rapat dengan keyakinan rakyat terhadap tindakan kerajaan menangani wabak tersebut.

“Walaupun kerajaan membuka pelbagai sektor ekonomi secara beransur-ansur, sebagai contoh mengizinkan rakyat yang telah menerima suntikan vaskin untuk ‘dine-in’, merentas daerah untuk bertemu pasangan atau anak serta melancong di dalam negeri.

“Namun, keyakinan pengguna dan perniagaan terhadap ekonomi negara belum dipulihkan. Oleh itu, perumusan strategi yang jelas amat penting bagi mengembalikan keyakinan semua pihak terhadap ekonomi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut merujuk laporan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, menyatakan rakyat negara ini menerima 34.03 juta dos vaksin manakala 19.39 juta atau 82.8 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos sehingga Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, negara berada di tahap penting dalam memerangi wabak Covid-19 maka kerajaan harus menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan dan pengalaman untuk merumuskan langkah-langkah komprehensif dan bijak untuk memulihkan ekonomi negara dan melindungi kehidupan rakyat.

Selain mempercepatkan program vaksinasi, beliau turut menyarankan kerajaan perlu mengambil langkah-langkah lebih profesional seperti program “eat out to help out” yang dilaksanakan di England.

Menurutnya, di United Kingdom, kerajaan ibu negara itu memberikan subsidi bulanan kepada industri seperti hotel, restoran dan tempat hiburan untuk mempromosikan pemulihan dan pembinaan ekonomi dengan lebih baik serta mengekalkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi