Berita Gerakan

Kerajaan PN ketepi perbezaan politik demi rakyat

Jul 4, 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil sikap mengenepikan perbezaan politik dengan memberi peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira sikap mereka.

Oleh itu, Jentera Penerangan PN memberitahu rakyat perlu mendapatkan maklumat mengenai pakej bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen masing-masing.

“Kami menyeru pemimpin di semua peringkat, agensi-agensi berkaitan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak-pihak bertanggungjawab sama-sama memastikan maklumat mengenai pakej rangsangan ekonomi daripada kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

“Kami akan terus membantu kerajaan PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin menjayakan Pelan Pemulihan Negara dengan memperkasakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Program vaksinasi akan menjadi kunci utama kejayaan kita melawan Covid-19,” katanya pada kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu ditandatangani Ketua Penerangan Bersatu Dato’ Wan Saiful Wan Jan, Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Chin Vui Kai, Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kumin, Ketua Penerangan GERAKAN Koo Shiaw Lee.

Selain itu Ketua Penerangan MIC Dato’ V Gunalan, Pengerusi Biro Penerangan MCA Chan Quin Er, Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Khairin Bador, Setiausaha Penganjur Kebangsaan Parti Demokratik Progresif (PDP) Yong Li Na, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Dato’ Julita Majungki.

Turut menandatangani kenyataan itu Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato’ Idris Buang, Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak Dato’ Wilfred Nissom dan Setiausaha Penerangan dan Publisiti, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Adam Yii.

Isnin lepas Perdana Menteri mengumumkan pakej rangsangan PEMULIH bagi membantu rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. Pakej itu termasuk peruntukan RM300,000 kepada semua ahli parlimen termasuk pembangkang.

Ketua-ketua Penerangan PN juga berkata, parti-parti dalam kerajaan PN menyokong PEMULIH dan berharap semua parti kompenan memainkan peranan memastikan mesej penting mengenai pakej bantuan kerajaan sampai ke akar umbi.

Oleh katanya, Jentera PN menyeru seluruh lapisan rakyat segera mengambil manfaat daripada setiap insentif yang disediakan kerajaan.

Antara insentif yang disediakan moratorium tanpa syarat kepada semua peminjam individu.

“Tawaran itu mendapat kerjasama yang baik daripada pihak bank bagi meringankan bebanan rakyat yang terjejas pendapatan.

“Namun dinasihatkan agar peminjam tidak menambah komitmen kewangan lain jika tidak terdesak,” ujarnya.

Selain itu kata mereka golongan yang terjejas boleh memanfaatkan program Bantuan Bakul Makanan yang diperuntukkan kepada semua Ahli Parlimen.

“Kami menyeru kita semua bersama-sama dalam memerangi kesan daripada wabak Covid-19. Jika kita bekerja bersama, kita akan menang bersama. Lindung diri, lindung semua,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 4/7/2021

槟水费没必要涨价 PBA应寻策应对高用水量

槟水费没必要涨价 PBA应寻策应对高用水量

(槟城26日讯)槟州民政党公共投诉局主任黄义恩指出,槟州供水机构首席执行员巴玛纳登所提出的“槟城人用水量高须涨水费”论,根本就是站不住脚的说法,因为更高用水量与需求量,表示槟州供水机构将收获更多水费,所以应该没有必要涨价!

baca lagi