Berita Gerakan

Kerjasama PN dan BN peringkat Persekutuan boleh dipraktikkan pada PRN Melaka – Hamzah

Okt 19, 2021

MELAKA, 19 Okt  — Kerjasama politik antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan boleh dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata oleh itu tidak timbul isu perpecahan antara PN dan BN di Melaka kerana kerjasama berkenaan sudah dibuktikan di peringkat pusat dan sudah tentu ia boleh dilakukan pada PRN Melaka pada 20 Nov ini.

”Maknanya di seluruh negara, kita boleh kerjasama. Tak timbul masalah perpecahan. Malah masa kini belum ada lagi mana-mana pemimpin PN yang buat pengumuman untuk ada perpecahan di kalangan semua pemimpin di negara kita…tak ada,” katanya ketika  sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Gempur Perikatan Nasional Melaka di sini hari ini.

Hadir sama Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata PN akan mengumumkan kerjasama bersama BN bagi menghadapi PRN Melaka dalam masa terdekat.

“Dalam masa terdekat, kita akan umumkan bagaimana kerjasama yang akan diadakan,” katanya.

Sementara itu  Ahmad Samsuri berkata PAS optimis kerjasama antara PN dan MN yang terdiri daripada PAS dan UMNO dapat dicapai dan parti itu akan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh dan memperkasa kerjasama bersama parti komponen lain dalam PN dan MN sebagai persiapan berdepan dengan PRN Melaka.

Ahmad Samsuri berkata  setiap parti komponen di dalam PN dan MN  mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan hala tuju perjalanan politik negara.

“PAS optimis kerjasama antara PN dan MN dapat dicapai… sebab itu tidak timbul isu PAS meminggirkan mana-mana parti dari PN atau MN,” katanya.

Beliau juga berkata PAS di pelbagai peringkat sudah mengadakan beberapa siri pertemuan secara rasmi dan tidak rasmi bagi meneroka jalan ke arah kesefahaman yang lebih baik bersama kepimpinan Bersatu dan UMNO termasuk dari segi pembahagian kerusi.

Bagaimanapun beliau berkata jumlah kerusi yang disasarkan PAS tidak dapat didedahkan kerana ia sebahagian daripada strategi parti itu bagi menghadapi PRN Melaka.

— BERNAMA

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi