Berita Gerakan

Kibaran bendera putih kegagalan wakil rakyat? – Utusan Digital

Jul 15, 2021

Kibaran bendera putih kegagalan wakil rakyat?

Sebenarnya kibaran bendera putih ini menggambarkan wujudnya golongan yang susah di kawasan-kawasan wakil rakyat masing-masing. Sekiranya kibaran bendera putih ini terlalu banyak di satu-satu kawasan, maksudnya wakil rakyat harus bekerja keras untuk mengenal pasti rakyat yang terjejas berikutan pandemik ini.

Sehubungan itu, wakil rakyat tidak perlu membanggakan diri dengan sekadar memuatkan gambar-gambar bendera putih di kawasan mereka malah ia menunjukkan pejabat wakil rakyat gagal mengenal pasti rakyat yang susah pada waktu pandemik ini.Paling tidak, wakil rakyat perlu mengukuhkan hubungan dengan wakil-wakil penduduk di kawasan masing-masing agar mereka mengetahui keadaan rakyat di kawasan masing-masing. Hubungan dengan ketua-ketua komuniti setempat amat penting, tidak kira bangsa dan agama.

Kadang-kadang kita terkejut melihat satu-satu kes di mana penduduk terpaksa hidup di dalam kereta kerana gagal membayar sewa. Lebih menyedihkan, ada yang bermasalah untuk membayar sewa kediaman dan sebagainya lalu mengambil keputusan membunuh diri.Jadi, peranan wakil rakyat juga dipertikaikan di sini kerana sekiranya hubungan mereka kuat dalam kalangan masyarakat setempat, musibah seperti ini tidak akan berlaku kerana bunuh diri semakin meningkat di waktu pandemik ini. headtopics.com

Kita tidak mahu hanya jiran dan masyarakat setempat di satu-satu kawasan tampil cepat membantu mereka yang mengibarkan bendera putih. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap murah hati dan saling bantu-membantu tetapi pada masa sama tidak harus menenggelamkan tugas dan tanggungjawab wakil rakyat. Paling tidak, informasi berkenaan harus sampai di pejabat wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Setiap wakil rakyat harus merangka jawatankuasa pandemik yang tersendiri di kawasan masing-masing agar tiada penduduk sengsara yang terlepas pandang. Ini kerana setiap wakil rakyat perlu mempunyai pemahaman atau terdedah dengan maklumat yang tersebar luas dalam platform-platform media sosial bahawa sekiranya sesuatu kawasan itu dinaikkan bendera putih, ia bakal mengundang persepsi dalam kalangan rakyat bahawa wakil rakyat tidak menjalankan tugas dengan berkesan dalam soal kebajikan rakyat. Ini yang akan dipertikaikan oleh rakyat, apatah lagi perkongsian maklumat di platform media sosial lagi cepat dan mampu meraih banyak sokongan.

Usaha kibaran bendera putih membuka ruang untuk kita membantu mereka yang sengsara pada waktu pandemik ini, malah boleh juga mengenal pasti bantuan-bantuan lain yang diperlukan seperti kemudahan tablet bagi pembelajaran dalam talian pelajar-pelajar miskin dan juga membantu mereka yang terdedah kepada faktor emosi, tekanan serta murung yang memerlukan bantuan kaunseling.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi