Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

KM Sabah Terima Kunjungan Hormat Daripada Pemimpin Politik Tanah Air

Mac 21, 2021

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima kunjungan hormat beberapa orang pemimpin politik tanah air pada hujung minggu ini di kediaman rasminya di Sri Gaya.

Antaranya ialah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dato Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Mohd. Harun yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta President Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau dan rombongan.

Mereka berada di Sabah kerana menghadiri program bersama Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin pada Ahad dan Isnin, selain program rasmi kerajaan dan parti.

Mengiringi Rina ialah Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Datuk Amisah Yassin.

Sementara Dr. Dominic Lau diiringi oleh Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Sabah, Datuk Alexander Lo dan jawatankuasanya.