Berita Gerakan

Koo Ham tak boleh buat tuduhan melulu – Gerakan

Jan 11, 2024

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Ngeh Koo Ham yang seakan-akan menuduh Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membawa kepada kejadian kebakaran di rumah beliau awal pagi semalam.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam & Unit Khas Aduan Nasional, Woo Cheong Yuen berkata, Gerakan sama sekali tidak menyokong mana-mana perbuatan khianat kerana ia berlawan dengan prinsip asas kehidupan masyarakat yang aman dan harmoni.

Namun, Koo Ham tidak boleh membuat tuduhan melulu kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Saya mengingatkan pemimpin DAP ini, jangan membuat tuduhan tidak berasas kepada PAS dan Bersatu demi meraih sentimen politik.

“Koo Ham dilihat cuba menggambarkan imej buruk terhadap Perikatan Nasional (PN). Sebagai rakan komponen, Gerakan terpanggil untuk menjawab segala tomahan yang biasa digunakan oleh DAP untuk memburukkan pihak lawan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, apa sekalipun justifikasi, cetuskan kebakaran ke atas kediaman dan kenderaan milik Ahli Parlimen itu tidak boleh diterima dan perlu dikutuk sekeras-kerasnya.

“Gerakan memandang serius mengenai isu ini dan mengutuk perbuatan tersebut kerana ia bercanggah dengan undang-undang di negara kita” tegasnya. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi