Berita Gerakan

Lantikan adik Guan Eng, Shafie sebagai timbalan menteri jadi persoalan

Dis 12, 2022

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan kecewa dengan pelantikan timbalan menteri yang dilihat bertentangan dengan aspirasi yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri tentang sebuah kerajaan yang berkaliber.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan, Wong Chia Zhen berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali menyebut tentang pelantikan jawatan menteri/timbalan menteri bukan sebagai ganjaran ke atas sokongan ke atas beliau tetapi atas komitmen ke atas ‘tatakelola’ dan nilai murni yang lain.

Namun, lantikan Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, seorang adik kepada Lim Guan Eng, Pengerusi DAP dan adik Datuk Seri Shafie Apdal, Pengerusi Parti Warisan menjadid persoalan.

”Tolong beritahu saya apakah kelayakan kedua-dua pihak ini dan tolong buktikan ini bukan satu bentuk ganjaran. ‘Kami ingin melihat langkah-langkah yang diambil sejurus dengan agenda reformasi dan niat yang ingin membawa negara ke landasan yang betul.

”Pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri ini amat penting kerana melalui penempatan itu memberi signal tentang hala tuju yang ingin diambil,” katanya.

Tambah beliau, malangnya Gerakan cuma nampak permainan yang sama di gelanggang yang lain.

”Cakap tidak serupa bikin,” ujarnya. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi