Berita Gerakan

Laporan SUHAKAM: Adakah kerajaan campur tangan?

Dis 6, 2023

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 [Akta 597].

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, peruntukan di bawah seksyen 21 Akta yang sama, suruhanjaya itu hendaklah mengemukakan satu laporan tahunan kepada Parlimen yang perlu merangkumi segala aktivitinya sepanjang tahun serta segala tindakan yang telah diambil oleh suruhanjaya berkenaan perkara-perkara yang telah dirujuk kepada suruhanjaya tersebut.

Katanya, bagi menjamin ketelusan penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) SUHAKAM, pihak kerajaan tidak menentukan perkara-perkara yang wajar dimasukkan ke dalam LTPK tersebut.

Beliu menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Dominic dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan mempunyai sebarang peranan atau campur tangan termasuk menapis Laporan SUHAKAM agar ia menepati kehendak imej politik.

Walau bagaimanapun, ujar Azalina selaras dengan maklum balas yang telah diberikan oleh kementerian dan agensi semasa edaran Memorandum Jemaah Menteri bagi LTPK SUHAKAM, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) sebagai urus setia dimohon untuk mengadakan exit conference dalam memastikan fakta-fakta yang dimasukkan dalam LTPK tersebut adalah bertepatan.

Selain itu, katanya kerajaan amat komited untuk membahaskan LTPK SUHAKAM di Parlimen sebagai cerminan kesungguhan kerajaan dalam memelihara dan melindungi hak asasi manusia melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi