Berita Gerakan

Lima mangsa kebakaran dibantu

Jul 17, 2020

KOTA BHARU – Nasib lima mangsa terlibat dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Kelochor, Sabtu lalu mendapat perhatian Parti Gerakan di peringkat nasional dan negeri.

Mereka menerima bantuan wang tunai untuk meringankan beban buat sementara setelah kediaman dua tingkat didiami dua keluarga sejak berpuluh tahun lalu itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1 pagi.

Mangsa yang kesemuanya terselamat ialah, Wee Tong Lee, 72; Wee Vien Tiane, 42; K Mogan, 56; Saw Leay See, 54 serta M Sherryl, 20.

Menceritakan kejadian tersebut, Mogan berkata, kebakaran disedari apabila dia mendengar bunyi bising yang pada awalnya dikhuatiri pencuri mahu memecah masuk rumah sebelum bertindak memeriksanya.

“Setelah periksa, rupanya rumah terbakar. Saya terus kejutkan ahli keluarga sebelum meminta jiran menyelamatkan diri kerana api di rumahnya sudah besar dan marak dengan cepat,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Negeri Kelantan, Gan Awang berkata, berkata, sumbangan peribadi daripada pimpinan parti dan juga bahagian kebajikan itu diberikan untuk menampung perbelanjaan sementara buat kesemua mangsa.

“Kita bersimpati dengan mangsa yang terlibat kerana rumah mereka sudah tidak dapat didiami dan sekarang menumpang di rumah saudara dan mertua.

“Kita harap sumbangan wang tunai ini boleh menampung perbelanjaan mereka untuk sementara waktu,” katanya.

Hadir sama, Naib Ketua Wanita Gerakan Nasional, Chung Monsie yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan Kelantan dan Ketua Biro Kebajikan Negeri, Gan Thuan Bun.

keterangan gambar

Gan (tiga kanan) menyerahkan bantuan kepada wakil salah sebuah keluarga yang terlibat dalam kebarakan rumah di Jalan Kelochor di sini semalam.