Berita Gerakan

Mesyuarat khas Perikatan Nasional ditangguhkan

Mei 2, 2021

SHAH ALAM – Mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan berlangsung petang ini ditangguhkan ke tarikh lain dan akan dimaklumkan kemudian.

Menurut laporan Utusan Malaysia, perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan alasan penangguhan tersebut.

“Sepatutnya mesyuarat PN berlangsung di Pejabat PN di Publika, jam 5 petang semalam, tetapi ditangguhkan. Tarikh baharu belum dimaklumkan,” katanya.

Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan mengadakan satu mesyuarat pada petang ini dipercayai bagi membincangkan isu berhubung masa depan gabungan itu selepas sokongan UMNO tamat Ogos ini.

Nasib menteri dan timbalan menteri UMNO juga dipercayai menjadi fokus perbincangan dalam mesyuarat tersebut sama ada mereka ingin kekal bersama PN atau meletak jawatan dan meneruskan perjuangan bersama parti itu.

Mesyuarat tersebut dijangka bermula jam 5 petang di Pejabat PN di Publika dan dijangka dihadiri seramai 17 kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi