Berita Gerakan

Panggil pesara kesihatan kembali berkhidmat: Gerakan

Jul 15, 2021

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanggil lebih ramai kakitangan kesihatan yang sudah bersara untuk kembali berkhidmat.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, panggilan seperti jururawat, pegawai perubatan atau doktor yang bersara itu dapat memantapkan lagi jentera barisan hadapan menangani pandemik Covid-19.

“Mereka ini senior dan berpengalaman dalam urusan perubatan dan kesihatan dan ia dapat membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang ada sekarang.

“Sudah hampir dua tahun petugas barisan hadapan bertungkus lumus dan pelbagai cabaran mereka sudah tempuhi demi memastikan rantaian Covid-19 terputus,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Gerakan turut mengagihkan makanan, minuman sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada 200 penduduk yang tinggal di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin.

Sebelum ini, pihaknya juga mengadakan Helping Hand Gelandangan 1.0 dan 2.0 di Bank Bangkok dan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Jelas beliau, bantuan itu dapat meringankan beban serta dapat mengurangkan tekanan mereka.

“Tidak lupa juga, kami ingin mengucapkan penghargaan kepada penaja-penaja sumbangan hari ini (Khamis),” ujarnya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Kerajaan tambah pembelian tiga juta dos vaksin SinovacSingapura: Remaja 16 tahun pengsan selepas divaksin beransur pulihCovid-19: Dua kluster baharu libatkan rumah panjang di Sarawak
Selain itu, katanya, Gerakan mengingatkan orang ramai yang beratur untuk mendapatkan vaksin agar sentiasa menjaga jarak masing-masing ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Saya bimbang, sekiranya mereka tidak ada berdisiplin, PPV berisiko untuk menjadi kluster Covid-19 yang baharu atau zon merah.

“Jadi demi kesejahteraan semua, Gerakan bersiap sedia untuk menyediakan lokasi secara percuma kepada kerajaan untuk dijadikan PPV,” jelasnya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi