Berita Gerakan

Pemimpin Gerakan kecewa komen ‘jijik’ terhadap Hadi

Feb 16, 2021

Setiausaha Agung parti Gerakan, Mak Kah Keong meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat Cina yang melemparkan komen jijik terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, dia marah dengan kenyataan jelik itu yang tidak menggambarkan sikap dan budaya masyarakat Cina.

“Saya marah dalam kesedihan! Tuan Guru (Abdul Hadi) telah dirawat di IJN turut dilaporkan dalam media Cina.

“Setelah membaca komen-komen netizen yang mengguna bahasa Mandarin, saya berasa sangat marah dan sedih.

“Saya tak jangka, ada juga netizen (penyokong parti parti tertentu atau hasil hasutan parti parti tertentu) memberi komen yang sangat menjijikkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas malam tadi.

Dia kemudiannya dipindahkan ke IJN kira-kira pada pukul 9.30 malam dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary di Facebooknya.

“Doktor memaklumkan bahawa keadaannya stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat,” kata Marzuk.

Pagi ini, anaknya yang juga Adun Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan bapanya kini dalam keadaan stabil.

Mak turut memuat naik antara komen penghinaan terhadap Abdul Hadi antaranya: “Cantik, dia sangat mendekati pencipta dah”, “Harap dia tak sampai Jumaat ini”.

“Ini bukan budaya Tiong Hua dan budaya Malaysia! (kesopanan dan kesusilaan).

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi , korang pergi tengok sendiri,” katanya yang turut mendoakan Abdul Hadi agar kembali sihat.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi