Berita Gerakan

Pemimpin politik utamakan kebajikan dan nyawa rakyat

Nov 27, 2020

KUALA LUMPUR: Sokongan semua ahli Parlimen daripada parti-parti politik menunjukkan bahawa pemimpin politik sememangnya meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejhteraan rakyat sebagai agenda utama yang membatasi perkara-perkara lain ketika pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Ketua Biro Perpaduan Nasional, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), H. Puvaniten berkata, pendirian ahli Parlimen selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menuntut semua pemimpin politik mengetepikan politik melampau membolehkan belanjawan kali ini diluluskan tanpa gangguan.

“Dengan sokongan ini kerajaan di bawah kepimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dapat terus melancarkan pentadbiran dengan perlaksanaan bantuan terhadap golongan-golongan yang disasarkan.

“Sokongan ini membolehkan kerajaan melaksanakan segala perancangan perbelanjaan untuk tahun hadapan dengan teratur dan lancar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata, kepemimpinan Perdana Menteri yang berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 sejak Mac lalu disamping Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan secara berperingkat kepada golongan sasar membuktikan Perikatan Nasional (PN) mendengar denyut nadi dan keperitan dirasai rakyat.

“PN adalah kerajaan yang bersikap terbuka dalam menerima pandangan, teguran dan kritikan malah belanjawan ini bakal menjadi pemangkin kepada usaha untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dan negara.

“Tahniah diucapkan kepada semua ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan negara dan rakyat sebagai keutamaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi