Berita Gerakan

Penarapan nilai Bangsa Malaysia dalam kalangan rakyat tidak memuaskan

Ogo 16, 2022

YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyoal Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri mengenai penerapan nilai Bangsa Malaysia dalam kalangan rakyat.

Menurut Presiden Nasional Parti Gerakan itu, bulan ini kita akan sambut 65 tahun kemerdekaan yang membebaskan negara daripada penjajahan negara barat.

“Tetapi penerapan tersebut dalam kalangan rakyat masih ditahap tidak begitu memumuaskan.

“Bagaimanakah kerajaan mentafsir pendekatan menerapkan konsep Keluarga Malaysia dalam kalangan rakyat. Saya maksudkan taksiran bukan usaha,” katanya ketika cadangan soalan tambahan bagi sesi hari ini di dewan parlimen.

Beliau juga meminta penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang berjaya.

Pada masa yang sama, beliau juga membangkit isu sama ada kementerian pengangkutan telah membuat kajian berhubung keparahan yang mungkin akan berlaku disebabkan oleh ‘soft monopoly’ yang sedang berlaku dalam industri e-hailing?

Tambah beliau walaupun terdapat syarikat lain dalam perkhidmatan yang sama, namun satu syarikat hampir mengawal perniagaannya dengan kuasa pengguna yang tinggi.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi